| Tujuh sebab mengapa bisnes anda memerlukan laman web |
|
|
Sebab Pertama Ia menjimatkan ruang pengiklanan anda di akhbar. Dengan mempromosikan laman web di akhbar, majalah, poster, risalah dan radio, pelanggan anda berpeluang melayari laman web bisnes anda tanpa perlu menghubungi anda melalui telefon terlebih dahulu. Kesan psikologinya, apabila anda membantu menjimatkan wang bakal pelanggan melalui panggilan telefon, mereka cenderung memilih bisnes anda. Jimatkan wang telefon pelanggan dan tingkatkan keuntungan bisnes anda. Sebab Kedua Laman web dapat digunakan bagi menyenaraikan lebih banyak produk pilihan untuk bisnes anda. Dengan ruang yang lebih luas, pelanggan yang membaca iklan anda di akhbar akan melayari laman web anda lebih lama berbanding membacanya di akhbar. Sebab Ketiga Laman web anda mudah dipromosikan melalui pelekat kenderaan di kereta anda. Bayangkan dalam kesesakan jalan raya. Alamat laman web anda di cermin belakang kereta akan menarik perhatian ramai. Pasti ada yang akan menyalinnya di dalam telefon bimbit mereka untuk melayari di pejabat dan di rumah. Anda juga boleh mempromosikan laman web dengan mempamerkan di pintu masuk premis perniagaan atau di kaunter pembayaran atau di mana sahaja tempat yang mempermudahkan orang lain melihatnya. Sebab Keempat Bayangkan kenderaan anda berada di tempat letak kereta di kompleks membeli belah dan kawasan awam. Alamat laman web anda di cermin belakang kereta pasti menarik perhatian orang ramai untuk mengetahuinya. Mungkin mereka mencari-cari perkhimatan anda. Sebab Kelima Laman web memudahkan anda menyampaikan mesej dengan segera. Dahulu, apabila anda menyerahkan business card atau kad bisnes kepada pelanggan, biasanya anda perlu bercerita panjang lebar kepada mereka bisnes yang anda jalankan. Alamat laman web di kad perniagaan anda membantu menjimatkan masa untuk menerangkan bisnes anda kepada pelanggan. Lebih jimat masa lebih ramai pelanggan. Sebab Keenam Alamat laman web dapat dipromosikan melalui cetakan t-shirt, topi, kalendar, poster dan apa jua bahan edaran promosi anda. Saya pernah mempromosikan laman web saya ketika temubual dalam rancangan Malaysia Hari Ini pada Ogos 2008 . Tahukah anda rating Malaysia Hari Ini adalah sebanyak 500,000 penonton, bagaimana jika separuh melayari laman web saya. Bukankah ia promosi yang berkesan? Sebab Ketujuh Satu-satunya promosi bisnes anda yang bekerja untuk anda setiap hari, tujuh hari seminggu, dua puluh empat jam sehari ketika mana anda sedang beroperasi atau berehat di rumah adalah melalui laman web anda. |